I made this widget at MyFlashFetish.com.

1/27/10

Sebaran Flyers

5.10 am - Kolej Harun Aminurrashid dikejutkan dengan Blackout dan menjadikan suasana gelap di kolej ketika itu. Kemudian setelah keadaan kembali seperti asal, pihak pimpinan bitara mendapati terdapat flyers2 yang bertebaran dengan isi kandungan yang berunsur cubaan untuk memburukkan. Antara lain isi kandungan flyers tersebut turut cuba memburukkan pimpinan Bitara . Editor Pimpinan Bitara sendiri terkejut dengan berita yang diperolehi pagi ini. Kelihatan juga pihak Mahasiswa pendidik sedikit gelabah dengan isikandungan Flyers tersebut yang banyak memberi impak yang buruk terhadap mereka. Antara lain isu sebaran Flyers daripada pihak yang tak bertanggungjawab adalah menyentuh tentang isu syurga dan kafir yang cuba di manipulasi oleh pihak tersebut.

* Sumber daripada Pimpinan Bitara.

Selamat mengundi semua



28 Januari- Hari ini merupakan hari yang sangat dinantikan oleh semua warga Universiti pendidikan sultan Idris. Hari yang akan menentukan usaha dan penat lelah berkempen sepanjang beberapa minggu . Tentunya tiap calon sedang berdebar menantikan keputusan pada malam ini. Pihak Pimpinan Bitara juga tidak ketinggalan turut merasai debaran keputusan akhir Pilihan raya Kampus Upsi pada kali ini. Kenyataan ini dikongsi bersama dengan orang kuat yang banyak mencatur perjalanan PRK bagi pimpinan Bitara sendiri iaitu Eddy Safbree ( CALON FAKULTI) dan pembantunya Shaiha (UMUM). Walaupun masih baru terlibat dengan PRK ini, namun mereka mampu mencatur dengan baik di bawah seliaan mantan MPP lepas iaitu Syaiffuldin. Juga Pihak pimpinan Bitara merasa yakin untuk menguasai kabinet MPP kali ini dan telah meletakkan beberapa nama sebagai persediaan untuk memegang kerusi majlis tertinggi kelak. Kami pihak Pimpinan Bitara yakin bahawa kami mampu untuk menguasai Mahasiswa Pendidik di dalam Kabinet MPP yang akan datang.


"Undilah Pimpinan Bitara"

- Editor Pimpinan Bitara akan berusaha daripada semasa ke semasa akan meyampaikan berita.

1/26/10

Calon Mahasiswa Pendidik Tidak Berkualiti



Arahan berkempen dikeluarkan pada hari penamaan calon pada hari Jumaat 22 Januari 2010 bermula jam 6.30 petang sehingga jam 12.00 tengah malam Rabu 27 Januari 2010. Namun begitu, calon-calon mula berucap di sesi rapat umum di kolej-kolej bermula hari Isnin 26 Januari 2010.

Pada hari Isnin, calon-calon terbahagi kepada dua kumpulan yang berucap di Kolej Harun Aminurrashid dan Kolej Aminuddin Baki. Rapat umum yang bermula jam 10.00 malam di Kolej Harun Aminurrashid dimulakan oleh calon-calon daripada kumpulan Pimpinan Bitara, sementara kumpulan Mahasiswa Pendidik mengadakan rapat umum di Kolej Aminuddin Baki.

Kira-kira jam 11.00 malam, setelah selesai calon-calon menyampaikan manifesti masing-masing, mereka bergerak ke Kolej Aminuddin Baki untuk mengadakan rapat umum di sana pula. Oleh kerana kumpulan Mahasiswa Pendidik takut untuk menghadapi kumpulan Pimpinan Bitara, maka mereka pun beredar lalu menuju ke Kolej Harun Aminurrashid.

Pada sesi rapat umum yang diadakan, calon-calon Mahasiswa Pendidik kelihatan seperti tidak bersedia untuk menyampaikan manifesto pada sesi rapat umum tersebut. Mereka kelihatan gagap serta gugup sewaktu berucap, terutama Nur Faiqah Binti Mohd. Ramly (calon Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan) dan Atiqah Binti Mohd. Hasbi (calon Fakulti Bahasa).

Sungguh berbeza penyampaian pidato calon-calon Mahasiswa Pendidik dengan calon-calon Pimpinan Bitara. Calon-calon Pimpinan Bitara sangat petah dan berkeyakinan menyampaikan manifesto yang akan diperjuangkan untuk Majlis Perwakilan Pelajar sesi akan datang. Selain itu, calon-calon Pimpinan Bitara juga berani memperjuangkan manifesto yang besar dan berat seperti memperjuangkan isu posting, PTPTN dan pengiktirafan kos. Sedangkan, calon-calon Mahasiswa Pendidik hanya mampu memperjuangkan isu-isu kecilan yang bersifat stereotaip tiap-tiap kali menjelang musim Pilihan Raya Kampus.

Kepada semua pengundi, anda yang melihat dan menilai siapakah calon yang lebih layak untuk anda undi pada hari Khamis nanti. Undilah calon-calon Pimpinan Bitara!! Kami mampu untuk memperjuangkan hak mahasiswa. Kami bukan seperti kumpulan Mahasiswa Pendidik (Pro-kebajikan) yang hanya tahu menabur janji-janji manis tapi langsung tidak boleh buat kerja.


SEKITAR RAPAT UMUM


25/01/2010 – Suasana hangat pada jam 9.30 di kolej harun aminurrashid sudah terasa, kerana pada ketika itu sudah ramai mahasiswa UPSI, telah berkumpul di dataran KHAR, untuk mendengar pembentangan manifesto oleh setiap calon kepimpinan bitara, menurut tinjauan yang kami lakukan pada ketika ini sudah ramai penyokong calom pimpinan bitara berkumpul sambil membawa banner calon masing-masing sebagai tanda sokongan yang padu terhadap calon mereka. Melihat kepada keadaan ini, kami berpendapat bahawa calon pimpinan bitara pada kali ini mampu untuk menyapu bersih kerusi MPP yang dipertandingkan pada sesi kali ini.

Hal ini dapat dibuktikan dengan ucapan yang disampaikan oleh wakil-wakil calon pimpinan bitara yang nampak berkaliber dan berkarisma sebagai seorang pemimpin. Manifesto yang mereka utarakan juga realistik dan boleh dilaksanakan. Antara calon pimpinan bitara yang membentangkan manifesto mereka ialah Mohamad Faizal Bin Mad Daud, Shaiha Binti Sulaiman , Nur Emillida Binti Yusoff , Muhd Muzakkir Afiq Bin Musa dan Khadijah Binti Mohd Bakri sebagai calon umum dan Eddy Safbree Bin Salim, Mohd Sahril Bin Mohd Yusof, Mohammad Farhan Bin Abu Talib, Siti Norbayu Binti Salleh, Wan Nurul Huda Bt W A, Lah @ Wan Mohamad dan Nadiah Binti Mohd Khalid sebagai wakil fakulti.

Ucapan pembentangan manifesto yang dilakukan oleh calon-calon kepimpinan bitara di sahut dengan sorakan dan sokongan yang padu dalam kalangan pelajar UPSI itu sendiri. Antara manifesto yang diutarakan oleh calon pimpinan bitara ialah berkaitan dengan isu kekurangan buku di perpustakaan, isu penempatan guru, isu pembukaan lebih dari 5 negeri kepada mahasiswa upsi untuk menjalankan program, isu bayaran bas UPSI, dan isu penambahbaikan kelemahan penyampaian system maklumat di bahagian pengurusan Universiti. Kesemua manifesto ini menunjukkan bahawa betapa calon pimpinan bitara ini amat mengambil berat berkenaan dengan masalah dan keperluan pelajar.

Setelah selesai calon pimpinan bitara membentangkan manifesto mereka, tibalah giliran calon mahasiswa pendidik yang akan memberi tentangan hebat kepada calon pimpinan bitara untuk membentangkan manifesto mereka. Tetapi bagi tinjauan dan temubual yang kami lakukan, kebanyakan menyatakan keyakinan bahawa calon pimpinan bitara akan beroleh kemenangan besar tanpa meninggalkan satu kerusipun kepada calon mahasiswa pendidik. Seorang pelajar semester 5, saudara zam mengatakan “ saya dapat rasakan, pada kali ini wakil yang dihantar oleh mahasiswa pendidik kurang menyengat dan calon kepimpinan bitara meletakkan barisan pimpinan mereka yang terbaik. Maka saya tidak akan terkejut jika 8 kerusi yang dimenangi oleh mahasiswa pendidik pada sesi lepas akan di ambil semula oleh kepimpinan bitara” ujar beliau.

Kesimpulan dari tinjauan yang kami lakukan ketika rapat umum berlaku, penyokong calon kepimpinan bitara melebihi penyokong calon mahasiswa pendidik. Dan daripada temubual yang kami lakukan, calon kepimpinan bitara mampu untuk membolot semua kerusi yang dipertandingkan pada kali ini.

Kepimpinan bitara menjunjung Aspirasi universiti.

1/25/10

KEMENANGAN PIMPINAN BITARA

Hari ini menyaksikan Kemenangan percuma enam kerusi fakulti buat pimpinan Bitara mewakili 3 buah fakulti. Fakulti Teknologi Malumat dan Komunikasi (FTMK) telah dimenangi oleh Mohd Razik Bin Khalid dan Zuraini Binti Zamri, Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia (FSKPM) melalui Nurul Fathihah Binti Nor Azhar dan Nurul Fatimah Binti Kilat dan Fakulti Sains Sukan (FSS) melalui Mohd Hafiez Bin Sabri dan Mazira Binti Nasiron.

Kemenangan bergaya ini menjadikan kami, pihak pimpinan Bitara yakin dan optimis untuk menguasai lagi kabinet MPP pada kali ini. Kami juga merasai bahawa mahasiswa telah mampu menilai apa yang diperjuangkan oleh Pimpinan Bitara seterusnya akan memberikan undian kepada calon-calon kami yang lain yang akan ditentukan pada 28 Januari ini. Sekalung tahniah kepada calon-calon pimpinan yang telah memenangi kerusi tanpa mendapat saingan daripada Mahasiswa pendidik.

SEKALUNG TAHNIAH DARIPADA PIMPINAN BITARA KEPADA,

Mohd Razik Bin Khalid
Semester 7
Program Teknologi rekabentuk berkomputer
Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi
Merupakan mantan Setiausaha Agong Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009. Seorang yang sangat komitmen terhadap tugasnya. Perwatakannya yang sederhana membuatkan beliau disenangi oleh semua pihak, tidak kira dari pihak pro-kualiti atau pro-kebajikan.

Zuraini Binti Zamri
Semester 5
Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi
Merupakan seorang yang lemah lembut dan sangat sopan, juga selalu tersenyum. Komitmen padu yang diberikan terhadap pimpinan bitara menyebabkan kami tidak teragak-agak untu menjadikannya sebagai calon untuk PRK kali ini.

Nurul Fatimah Kilat
Semester 6
Pendidikan Khas
Fakulti Sains Kognitif dan pembangunan Manusia
Merupakan seorang bakal pemimpin yang sangat berwibawa dan seorang yang sangat berani
dan beliau sangat aktif menggerakkan persatuan Pendidikan Khas. Moga beliau akan menjadi seorang pemimpin yang disukai Kelak dan mampu membawa amanah Pimpinan Bitara dengan baik kelak.

Nurul Fathihah
semester 6
Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling
Fakulti Sains Kognitif dan pembangunan Manusia
Merupakan seorang yang lembut dalam tutur kata,mampu memikat hati sang jejaka, moga menjadi pemimpin yang berkarisma kelak

Mazira Binti Nasiron & Mohd Hafiez sabri
Semester 6
Fakulti sains Sukan
Kedua-duanya merupakan wakil pimpinan Bitara yang begitu komited dengan perjuangan yang dibawa oleh gagasan Pimpinan Bitara, moga mereka mampu mencorak kepimpinan yang terbaik untuk membela mahasiswa UPSI kelak.

Kami dari pihak Pimpinan Bitara mengucapkan tahniah kepada beliau kerana telah memenagi kerusi Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010. Semoga amanah yang digalas ini dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

PERKEMBANGAN TERKINI

24 Januari- Setelah dua hari pilihan raya kampus Upsi kali ke 12 bemula, masih belum ada tanda-tanda bahang kemeriahan pilihanraya, seperti tahun-tahun yang lepas. Adakah ini disebabkan oleh mahasiswa upsi tidak ingin ambil tahu atau tempoh pilihanraya yang dikatakan panjang oleh sesetengah pihak yang menyebabkan proses kempen pada pilihanraya kali ini Nampak seperti hambar.

Oleh itu pihak editor pimpinan Bitara telah membuat tinjauan di sekitar kampus Sultan Azlan shah dan kawasan yang dikatakan akan panas pada pilihanraya pada kali ini.

Tinjauan kami pada sebelah pagi di kampus Sultan Azlan shah pada sebelah pagi dapat dilihat ada beberapa orang calon yang sedang memasang banner dan poster mereka. Kebanyakannya di bantu oleh wakil calon dan sahabat handai. Apa yang menarik perhatian kami, seorang calon umum Priyatharshini A/P Dharmalinggam, sedang bertungkus lumus sedang memasang banner beliau di hadapan pagar berhampiran pintu masuk untuk ke HEP berhampiran Dewan-dewan kuliah. Beliau hanya dibantu oleh dua orang pembantunya sahaja. Melihat kepada kesungguhan beliau kami dapat rasakan yang beliau mampu untuk menjadi pemimpin yang baik.

Tinjauan seterusnya kami lakukan, dengan memasuki kawasan di dalam Kampus Sultan Azlan Shah, ada beberapa calon dan wakil calon sedang memasang banner dan poster mereka, namun keadaan kampus pada ketika ini masih lenggang dan poster dan banner masih dalam proses pemasangan.

Tinjauan kami di SITC, terdapat sekelompok pelajar sedang berkumpul di situ sedang melakukan gerak kerja mereka dengan menampal dan menggantung poster serta banner untuk calon-calon yang akan bertanding. Namun apa yang menarik perhatian, mereka ini kebanyakannya memakai kopiah dan pelajar perempuan bertudung labuh. Mungkin ini adalah kumpulan yang akan member saingan terhadap kepimpinan bitara. Namun melihat kepada keadaan mereka, kepimpinan bitara yakin mampu untuk memperoleh kemenangan yang total pada PRK pada kali ini. Kerana melihat kepada banyak lagi poster dan banner mereka yang belum naik, sedangkan tempat-tempat yang strategik telahpun diambil oleh calon-calon kepimpinan bitara.

Pada sebelah malam, lebih kurang selepas maghrib, pada ketika itu calo-calon kepimpinan bitara sedang bertungkus lumus sedang menggantung banner untuk meraih undi sebanyak mungkin. Apa yang sempat kami lihat, seorang pemimpin yang berkaliber iaitu calon Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Eddy Safbree Bin Salim sendang berseorangan sedang menggantung banner beliau di hadapan fakulti FSSK. Kepimpinan yang beginilah yang diharapkan kerana sanggup berkorban dan berusaha untuk merealisasikan impian untuk berbakti kepada pelajar UPSI.

Seorang lagi calon pimpinan bitara, iaitu saudara Muhd Muzakkir Afiq Bin Musa sedang dibantu oleh mantan MPP yang lepas iaitu saudara saifuddin, untuk menggantungkan banner dan poster di sekitar kawasan Kampus Sultan Azlan Shah. Usaha mereka yang tidak mengenal lelah dalam berusaha untuk memikat hati pengudi. Muhd Muzakkit Afiq Bin Musa akan bertanding melawan dua calon umum yang lain iaitu Mohd Zahar Bin Mohamed Nor dan Nik Azrul Bin Nik Kamarudin yang dikatakan sebagai “geng-geng pembangkang” di UPSI. Namun hasil temubual dengan saudara Muhd Muzakkit Afiq Bin Musa, yang lebih mesra dipanggil Afiq, bahawa beliau tidak gentar kerana yakin kemenangan akan berpihak kepada beliau kerana membawa hala tuju aspirasi universiti dan kehendak pelajar-pelajar di UPSI.

Di Kolej-kolej kediaman pula, hasil tinjauan yang kami lakukan, keadaan tetap sama, iaitu masih lenggang tetapi banner dan poster banyak yang telah dinaikkan. Pada sebelah malam sama seperti dua malam sebelumnya, masih belum ada calon yang menyampaikan ucapan manifesto kecuali pada malam pertama calon dari FSSK iaitu wakil daripada pihak mahasiswa pendidik , telah menyampaikan ucapannya di dataran KHAR. Suasana sama berlaku di kolej proton, Banner-banner dan poster calon pemimpin bitara menguasai dan menenggelamkan poster dan banner pihak lawan.

Oleh itu, kami dari pihak pimpinan bitara amat yakin, dengan usaha bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh setiap calon pimpinan bitara yang bertanding mampu untuk merebut kesemua kerusi yang telah dipertandingkan. Untuk menjaga kesinambungan perjuangan pimpinan bitara di masa akan datang, kerana kami sentiasa bersama universiti.



PILIHANRAYA KAMPUS UPSI

9.00 pagi – Kelihatan beberapa bakal calon diiringi penyokong mereka bergerak masuk ke Bangunan Bitarasiswa. Beberapa Dekan Fakulti masuk ke bilik pengesahan borang pencalonan. Bilik Seminar yang menjadi pusat penamaan calon dibuka.

9.10 pagi- Perarakan sekumpulan mahasiswa yang diketuai oleh bekas ahli Majlis perwakilan Pelajar sesi lepas bersama penyokong masing-masing.

Sedikit sebanyak di paparkan berkenaan dengan pergerakan perjalanan proses pemilihan calon Majlis Perwakilan Pelajar Universiti pendidikan Sultan Idris bagi sesi 2009/2010.


9.15 pagi - Beberapa calon masuk untuk proses penamaan. Kelihatan TNCHEPA Prof Shaharudin dan Timbalan Pendaftar Kanan memasuki Bilik Seminar Bitarasiswa.


9.45 pagi – Sekumpulan lagi mahasiswa sampai untuk melihat proses pencalonan. Mereka terdiri daripada para penyokong beberpa calon yang akan bertanding. Semua sakretariat PRK dilihat bertugas di kawasan masing-masing. Beberapa calon yang selesai proses penamaan masuk ke bilik pengambaran untuk poster kempen.


10.00 pagi – Semua dekan telah bersedia untuk membuat pengesahan. Sakretariat PRK memberi jaminan semua calon akan diberi peluang dalam proses penamaan ini.


10.30 pagi – Bagaimana pun Naib Canselor UPSI Y. Bhg. Prof Dato’ Dr. Aminah Ayob tidak tiba di pusat penamaan calon sehingga tempoh penamaan tamat.


11.00 pagi – Proses penamaan dilanjutkan. Semua calon yang berada di dalam bilik penamaan bagi membolahkan proses berjalan lancar.


12.15 tengah hari – Proses penamaan calon tamat dan beberapa calon menunggu giliran untuk proses pengambaran.


12. 45 tengah hari - Pegumuman calon layak bertanding telah diumumkan oleh Puan Norhayati . 3 fakulti menang tanpa bertanding, FTMK, FSS dan FSKPM.


1.00 petang - Calon-calon layak bersurai dan akan kembali pada 2.45 petang ini untuk sesi bantahan.

2.45 – Para penyokong pihak yang bertanding memenuhi ruang legar Bitarasiswa. Borang-borang salinan pencalonan ditampal pada board untuk tatapan umum dan bantahan.

4.00 – Tempoh bantahan tamat dan menunggu keputusan bantahan dari bahagian bantahan yang di ketuai oleh Prof Sabri untuk pengumuman sebarang perubahan yang diterima.

4.45 – Penyokong calon masuk kembali ke Bilik Seminar Bitarasiswa untuk pengumuman keputusan bantahan , pengumuman calon , taklimat kempen dan taklimat e-voting.

5.15 - Prof Sabri mengumumkan keputusan bantahan. Terdapat 3 bantahan telah dibuat terhadap seorang calon umum dan 2 calon masing-masing dari Fakulti Sains Teknologi dan Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan. Dua bantahan ditolak dan satu bantahan diterima melibatkan calon umum. Bantahan yang diterima dikatakan hanya melibatkan perkara teknikal iaitu kesilapan kecil pada borang pencalonan yang tidak termaktub secara jelas dalam peraturan pemilihan MPP.

5.30 – Kelihatan calon umum yang dibantah Mohd Azri Amatan bergegas bertemu dengan sekretariat pemilihan untuk mengemukakan keraguan kerana sebelum itu beliau telah bertemu dengan sekretariat pemilihan dan bertanya tentang borang beliau sama ada layak atau tidak, namun pada masa itu sekretariat jelas tidak menyatakan perkara yang benar dan adil dimana mereka menyatakan borang beliau tiada masalah.

5.45 – Pengumuman calon telah dibuat oleh En. Faizi dimana keputusan 31 calon yang layak bertanding termasuk 6 menang tanpa bertanding, masing-masing di Fakulti Sains Sukan, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia dan FTMK. Terdapat 8 calon umum layak bertanding dan selebihnya dari calon fakulti.

6.00 – Taklimat kempen telah diberikan oleh En. Shuhir dimana syarat –syarat kempen pada PRK kali ini wujud sedikit perubahan. Perubahan melibatkan kawasan rapat umum iaitu kolej kediaman dan sekitar kampus yang hanya melibatkan 3 kawasan iaitu sebelah Surau an-Nur, Bitarasiswa dan ruang legar dewan kuliah. Kempen dibenarkan di bilik kuliah dengan kebenaran pensyarah.

6.15 – Taklimat e-voting telah diberikan oleh Tuan Hj. Nazri dan bangkit beberapa calon dan wakil calon menyatakan keraguan mereka dengan sistem ini .

6.30 – Taklimat tamat dan kelihatan kedua-dua belah pihak sibuk untuk persiapan kempen dan diumumkan tempoh kempen bermula pada jam 6.30 petang semalam dan diumumkan calon-calon boleh mengambil poster di pejabat JHEPA.

*Editor pimpinan Bitara akan daripada semasa ke semasa memberi informasi berkenaan dengan suasana pilihanraya kampus yang bakal berlangsung pada 28 Januari ini.

1/3/10

Masyarakat Islam Bantah Keputusan Mahkamah Membenarkan Gereja Menggunakan Kalimah Allah


KUALA LUMPUR: Pemimpin Islam semua parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang bimbang dengan implikasi keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan majalah Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya, mahu kerajaan menyegerakan proses rayuan terhadap keputusan itu. Mereka berpendapat keputusan mahkamah Khamis lalu itu melanggar Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi dan mahu ia diperhalusi supaya sensitiviti agama dan kaum di negara ini diambil kira. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melihat isu itu sebagai amat bahaya dan perlu diselesaikan segera kerana tidak mahu peristiwa Natrah di Singapura berulang di Malaysia.

"Penggunaan perkataan Allah (dalam majalah Herald-The Catholic Weekly) secara tidak langsung menyebarkan dakyah `Christianity' di kalangan orang Islam yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan bahawa agama lain tidak boleh disebarkan kepada orang Islam. Perkara ini harus dilihat oleh pengamal undang-undang, sama ada kehakiman mahupun guaman.

"Kita mengharapkan keadilan. Kes ini perlu diteliti bukan saja dari aspek perundangan sivil, tetapi juga perundangan syariah serta maksud tersirat Perlembagaan Persekutuan dan sensitiviti umat Islam," katanya.

Beliau meminta semua pihak menghormati keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa perkataan Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pergerakan itu bimbang dengan implikasi yang timbul berikutan keputusan mahkamah itu dan akan berjuang bagi menentukan kedudukan serta kesucian agama Islam tidak dicemarkan.

"Jika perlu kami akan memohon perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Beliau berkata, Wanita Umno juga akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom bagi membincangkan isu itu. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat walau apa pun alasan yang diberi sebagai justifikasi keputusan berkenaan, ia tetap menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

"Terjemahan 'God' yang diguna dalam agama lain dalam bahasa Melayu atau Arab ialah 'Tuhan', bukan Allah. Allah spesifik Tuhan bagi orang Islam. Kalau mereka faham mereka akan guna perkataan Tuhan, bukan Allah.

"Saya akui kalimah Allah diguna di Sabah dan Sarawak sebelum mereka masuk (bergabung) dalam Malaysia... tetapi di Semenanjung kita tak pernah dengar pula," katanya selepas menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Mahasiswa Melayu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), semalam.

Pada 16 Februari tahun lalu, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan "Allah" dalam majalah itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berharap rayuan segera dilakukan kerana melihat semacam ada satu usaha cuba merobek keadaan sehingga timbul kekeliruan di kalangan umat Islam.

"Ini bukan isu politik, ini isu akidah, tauhid yang umat Islam tidak akan beri respon (maklum balas) senyap terhadap isu ini," katanya.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib, juga berharap kerajaan menyegerakan proses rayuan itu kerana ia melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang memberi jaminan orang bukan Islam tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh meragukan umat Islam.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata kalimah Allah dalam akidah adalah membabitkan soal tauhid dan isu berkenaan perlu diteliti secara halus dan jika perlu, ada campur tangan Majlis Raja-Raja untuk membuat keputusan bagi mengelak suasana tegang dalam masyarakat.

"Jika kalimah Allah digunakan dalam agama Kristian, ia tidak membawa maksud sebenar dalam al-Quran kerana tidak menggambarkan ketauhidan.

"Kita tidak nafi ada istilah yang Allah sebut mengenai penggunaan Allah oleh bukan Islam, contohnya `Kalau kamu tanya mereka siapa yang menjadikan langit dan bumi, nescaya mereka kata Allah. Dalam konteks penciptaan memang mereka mengatakan Allah tetapi nilai ketauhidan yang membezakan antara Islam dan bukan Islam," katanya.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin dari PKR berpendapat keputusan mahkamah berkenaan tidak tepat dan boleh dipertikaikan, malah akan menyebabkan kekeliruan dan mengganggu ketenteraman dan keselamatan awam.

Beliau dalam kenyataan media di laman blognya, berkata keputusan itu secara tidak langsung mencabar dan melanggar Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan fahaman dan dakyah agama lain tidak dibenarkan sama sekali terhadap orang Islam. Membenarkan penerbitan Kristian menggunakan perkataan Allah bagi penerbitan berbahasa Melayu jelas satu bentuk dakyah halus kerana Melayu adalah bangsa yang beragama Islam.

"Ini sekali gus mencabar dan tidak menghormati Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa orang Melayu mestilah beragama Islam; dengan membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam risalah penerbitan Kristian, ini sebenarnya dikira akan mendorong penganut Kristian dalam perlakuan jenayah kerana Enakmen Penyekatan Pengembangan Agama, Iktikad dan Kepercayaan Lain terhadap Orang Islam (Anti Propagation Law), yang digubal dengan sahnya menurut Artikel 11 Perlembagaan di beberapa negeri jelas memperuntukkan bahawa adalah satu kesalahan jenayah bagi sesiapa menggunakan perkataan tertentu termasuk 'Allah' kecuali bagi maksud Islam," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma'amor Osman menggesa kerajaan memfailkan rayuan serta-merta supaya keputusan itu dikaji semula dan melarang mana-mana agama selain Islam menggunakan kalimah Allah.

"Negara telah menikmati suasana kebebasan beragama selama mana Islam menjadi agama rasminya dan semua kaum di negara ini harus menghargainya dengan tidak mencuba menggugatnya dengan bertindak secara bodoh membangkitkan perkara remeh seperti ini," katanya.

Katanya, PPIM bimbang keputusan itu bakal mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara akibat sentimen agama umat Islam yang sensitif dengan perkara yang menyentuh soal kepercayaan mereka dan kebimbangan mereka akan nasib keturunan mereka jika perkara ini berterusan.

"Umat Islam mengenal Allah berserta sifatnya sekali dengan ketauhidan yang meliputi ketauhidan rububiah, uluhiah dan asma' wa sifat. Kita percaya Allah yang bercirikan ahadiah dan samadiah.

"Bagaimana mungkin pihak lain merujuk Allah sewenang-wenangnya tanpa melihat semula akan sifat dan ciri-ciri Allah yang sediakala itu? Apakah sifat Allah yang mereka percaya itu? Al-Quran ada menjelaskan bahawa orang Yahudi mempercayai Uzair itu anak Allah dan orang Nasrani pula percaya bahawa Al-Maseh itu anak Allah. Ini jelas bertentangan dengan Allah yang diimani oleh umat Islam," katanya.

1/1/10

PIMPINAN BITARA MENGHANTAR WAKIL KE KEM KEPIMPINAN MAHASISWA

Salam Aspirasi, Salam Satu Malaysia.

Merentasi masa menuntut kematangan pemikiran dan tindak tanduk mahasiswa, pimpinan bitara telah menghantar beberapa wakil yang dianggap layak untuk menjadi pimpinan mahasiswa yang bakal bertanding pada pemilihan majlis perwakilan pelajar sesi 2010/2011 tidak lama lagi.

Bermula 1 jan 2010 sehingga 3 jan 2010, antara calon yang dihantar ke kem tersebut adalah Saudara Suhaimi, Saudara Asree ( MPP 2008/2009 ), Saudara Zulhusni dan Saudari Nadiah. Pelbagai aktiviti yang telah disediakan oleh pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) bagi memantapkan soft skill untuk melahirkan pemimpin yang sesuai dengan kehendak semasa.

Kem ini adalah rentetan daripada kem BTN yang pertama telah diadakan oleh HEP di Kolej Aminuddin Baki , dan yang kedua adalah di Kuala Lipis, Pahang. Diharap dengan adanya kursus tersebut, pemilihan kepimpinan kali ini adalah yang terbaik dan memiliki kesemua ciri - ciri pemimpin yang seiring dengan kehendak zaman.

JOM JOIN SEKRETARIAT RUKUN NEGARA UPSI

PENGAMBILAN EXCO DAN AHLI BAGI SETIAP UNIT DALAM PERWAKILAN SEKRETARIAT RUKUN NEGARA, UPSI.

Sukacita dimaklumkan bahawa Perwakilan Sekretariat Rukun Negara UPSI akan membuka kaunter pendaftaran untuk menjadi Exco Perwakilan Sekretariat Rukun Negara dan ahli baru. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan penghayatan terhadap Rukun Negara sekaligus mempuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar.


Tarikh: 5,6 dan 7 Januari 2010
Tempat: Ruang Legar Bitarasiswa
Masa: 9:00 pagi-4:30 petang

Sebarang pertanyaan sila hubungi:



PRESIDEN SEKRETARIAT RUKUN NEGARA UPSI

Zulhusni Bin Zulkipli 019-4605742