I made this widget at MyFlashFetish.com.

1/26/10

SEKITAR RAPAT UMUM


25/01/2010 – Suasana hangat pada jam 9.30 di kolej harun aminurrashid sudah terasa, kerana pada ketika itu sudah ramai mahasiswa UPSI, telah berkumpul di dataran KHAR, untuk mendengar pembentangan manifesto oleh setiap calon kepimpinan bitara, menurut tinjauan yang kami lakukan pada ketika ini sudah ramai penyokong calom pimpinan bitara berkumpul sambil membawa banner calon masing-masing sebagai tanda sokongan yang padu terhadap calon mereka. Melihat kepada keadaan ini, kami berpendapat bahawa calon pimpinan bitara pada kali ini mampu untuk menyapu bersih kerusi MPP yang dipertandingkan pada sesi kali ini.

Hal ini dapat dibuktikan dengan ucapan yang disampaikan oleh wakil-wakil calon pimpinan bitara yang nampak berkaliber dan berkarisma sebagai seorang pemimpin. Manifesto yang mereka utarakan juga realistik dan boleh dilaksanakan. Antara calon pimpinan bitara yang membentangkan manifesto mereka ialah Mohamad Faizal Bin Mad Daud, Shaiha Binti Sulaiman , Nur Emillida Binti Yusoff , Muhd Muzakkir Afiq Bin Musa dan Khadijah Binti Mohd Bakri sebagai calon umum dan Eddy Safbree Bin Salim, Mohd Sahril Bin Mohd Yusof, Mohammad Farhan Bin Abu Talib, Siti Norbayu Binti Salleh, Wan Nurul Huda Bt W A, Lah @ Wan Mohamad dan Nadiah Binti Mohd Khalid sebagai wakil fakulti.

Ucapan pembentangan manifesto yang dilakukan oleh calon-calon kepimpinan bitara di sahut dengan sorakan dan sokongan yang padu dalam kalangan pelajar UPSI itu sendiri. Antara manifesto yang diutarakan oleh calon pimpinan bitara ialah berkaitan dengan isu kekurangan buku di perpustakaan, isu penempatan guru, isu pembukaan lebih dari 5 negeri kepada mahasiswa upsi untuk menjalankan program, isu bayaran bas UPSI, dan isu penambahbaikan kelemahan penyampaian system maklumat di bahagian pengurusan Universiti. Kesemua manifesto ini menunjukkan bahawa betapa calon pimpinan bitara ini amat mengambil berat berkenaan dengan masalah dan keperluan pelajar.

Setelah selesai calon pimpinan bitara membentangkan manifesto mereka, tibalah giliran calon mahasiswa pendidik yang akan memberi tentangan hebat kepada calon pimpinan bitara untuk membentangkan manifesto mereka. Tetapi bagi tinjauan dan temubual yang kami lakukan, kebanyakan menyatakan keyakinan bahawa calon pimpinan bitara akan beroleh kemenangan besar tanpa meninggalkan satu kerusipun kepada calon mahasiswa pendidik. Seorang pelajar semester 5, saudara zam mengatakan “ saya dapat rasakan, pada kali ini wakil yang dihantar oleh mahasiswa pendidik kurang menyengat dan calon kepimpinan bitara meletakkan barisan pimpinan mereka yang terbaik. Maka saya tidak akan terkejut jika 8 kerusi yang dimenangi oleh mahasiswa pendidik pada sesi lepas akan di ambil semula oleh kepimpinan bitara” ujar beliau.

Kesimpulan dari tinjauan yang kami lakukan ketika rapat umum berlaku, penyokong calon kepimpinan bitara melebihi penyokong calon mahasiswa pendidik. Dan daripada temubual yang kami lakukan, calon kepimpinan bitara mampu untuk membolot semua kerusi yang dipertandingkan pada kali ini.

Kepimpinan bitara menjunjung Aspirasi universiti.

No comments:

Post a Comment